fbpx
Cart is empty

Table of Contents

 

Sejak COVID-19 melanda, ramai yang mula bekerja dari rumah (BKD) atau Work from Home (WFH) terutamanya selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada bulan Mac 2020.

Disebabkan itu, cara kebanyakan daripada kita bekerja sudah mula berubah. Mesyuarat yang selama ini diadakan dalam bilik mesyuarat kini diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Zoom.us, Webex, Google Meet dan Microsoft Teams. Cara mesyuarat dikendalikan juga berubah. 

Jika dulu kita boleh terus memulakan mesyuarat atau perbincangan dengan mengucap salam, dalam online meeting kita sering kali bertanya soalan seperti “Can you hear me?” atau “Is my voice clear?” sebelum mesyuarat dimulakan. 

Agak kelakar kalau digambarkan, tetapi itulah realitinya kini. Untuk memastikan semua yang hadir ke mesyuarat online jelas, soalan-soalan seperti di atas harus ditanya.

Selain daripada soalan-soalan untuk memastikan kejelasan suara kita semasa online meeting, ada juga beberapa ayat yang lain yang boleh kita gunakan. 

Ayuh kita sama-sama tengok LIMA ayat yang anda boleh gunakan dalam mesyuarat online!

Biasalah, dalam online meeting mungkin ada yang lewat. Mungkin akibat sambungan internet atau sebab-sebab teknikal dan peribadi yang lain. Lazimnya kita akan menunggu lebih ramai orang menyertai mesyuarat online supaya mereka yang hadir tidak ketinggalan dengan agenda mesyuarat. 

Jadi, ayat yang kita boleh gunakan untuk menunggu lebih ramai orang ialah

1. “Let’s give everyone a few more minutes to join.”

Ayat ini bermaksud “Apa kata kita beri masa beberapa minit lagi untuk semua orang sertai”.

Selain itu, kita juga boleh gunakan, “Let’s wait for more people to join.

Selepas beberapa ketika menunggu, akhirnya semua hadirin telah pun berjaya menyertai mesyuarat online kita. Sudah pasti kita ingin memaklumkan semua yang lain bahawa kita sudah cukup korum dan mesyuarat boleh dimulakan. 

Oleh itu, kita boleh kata, 

2. “It looks like everyone is here.

Selalunya ayat ini diikuti dengan, “Let’s get started!

Mesyuarat akhirnya dimulakan dan semua orang yang terlibat dalam perbincangan menyatakan pendapat dan buah fikiran. Tiba-tiba, ayat salah seorang rakan sepejabat anda seolah-olah terputus, mungkin akibat gangguan sambungan. 

Untuk memastikan semua orang jelas dengan apa yang diperkatakannya, kita boleh menyuruhnya untuk mengulang semula.

3. “Can you repeat that? Your line is breaking.

Apa pula yang perlu kita ucapkan sekiranya kita perasan yang sambungan internet kita pula yang terganggu? Ini ayatnya:

“My line is breaking.”

Amat penting anda berkongsi perihal ini supaya semua orang maklum dan tidak menganggap anda biadap kerana tiba-tiba hilang daripada perbincangan.

Bekerja dari rumah ni banyak cabarannya. Masa tengah bermesyuaratlah abang Poslaju atau J&T datang, masa itulah anak menangis minta susu… eh macam-macam lagilah! Takkanlah kita nak biarkan penghantar bungkusan atau anak kita tertunggu-tunggu. Betul tak?

Jadi, kita sentiasa boleh meminta izin untuk meninggalkan mesyuarat sebentar. Apa yang perlu kita ucapkan untuk memaklumkan kepada orang lain dalam online meeting tersebut?

4. “I’m sorry but I need to be away for a while.

Kalau kita ada tempoh yang spesifik untuk kita tinggalkan mesyuarat, kita boleh cakap, “I’m sorry but I need to be away for 5 minutes.

Ataupun kita juga boleh gunakan ayat ini: “Something came up. I’ll be back in a few minutes.

Banyak variasinya kan? Kalau anda nak tahu ayat-ayat lain yang boleh digunakan di tempat kerja, Primaly akan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “99 English Phrases You Can Use at Work So No One Will Laugh at You”.

Selain itu, anda juga boleh menyertai Adult English Communication Course Primaly untuk menambah keyakinan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Baik. Selepas anda selesai mengambil bungkusan daripada Poslaju atau membuat susu untuk anak anda, anda pun kembali ke depan komputer untuk meneruskan mesyuarat. Anda ingin memaklumkan rakan-rakan lain yang anda sudah kembali, lalu anda pun berkata,

5. “Sorry to keep you waiting.”

Anda juga boleh menunjukkan penghargaan kepada mereka kerana kesabaran mereka menunggu anda. Maka anda juga boleh menggunakan ayat ini, “I’m back! Thank you for your patience.”

Walaupun tajuk artikel ini ialah “5 Ayat English Yang Anda Boleh Gunakan Semasa Online Meeting”, kalau anda perasan sebenarnya ada 11 ayat yang kami kongsikan dalam artikel ini. Best, kan?

Kalau nak banyak lagi ayat-ayat yang anda boleh gunakan, anda boleh dapatkan buku “99 English Phrases You Can Use at Work So No One Will Laugh at You”.

Sekiranya anda tiada kenalan untuk praktis bertutur dalam Bahasa Inggeris, mari sertai kelas English kami Adult English Communication Course yang sarat dengan aktiviti menarik!

 

Shopping Basket