fbpx
Cart is empty

Isi Kandungan

Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di rumah untuk menambah keyakinan anak-anak bertutur dalam Bahasa Inggeris ialah bermain games.
 
Games yang saya maksudkan ialah board games atau card games
Sambil bermain games ini, anak-anak boleh belajar Bahasa Inggeris juga!
 
Computer atau mobile games pun boleh menambah penguasaan mereka. Boleh rujuk link tersebut.
 
Kebanyakan board game atau card game kurang unsur komunikasi. 
Kita cuma perlu membaling buah dadu atau meletakkan kad untuk ‘jalan’ apabila tiba giliran kita. Tapi, 5 games yang saya senaraikan ini mempunyai unsur-unsur komunikasi untuk membantu anak-anak pandai English. Bukan anak-anak sahaja yang boleh pandai, ibu bapa pun sama!
 
Jom kita tengok 5 Games Untuk Bantu Anak Pandai Bahasa Inggeris

1. Cluedo

Cluedo ialah sebuah board game yang memerlukan 3 hingga 6 pemain untuk menyelesaikan misteri pembunuhan. 

Pemenang ialah pemain yang pertama yang berjaya membuat tuduhan dengan tepat. 

Di setiap giliran, pemain perlu meneka:

  1. Siapakah pembunuh?
  2. Apakah senjata pembunuhan?
  3. Di manakah lokasi pembunuhan?

Mereka perlu membaling dadu dan bergerak ke bilik-bilik yang terdapat di board game tersebut. 

Yang menariknya, dalam manual permainan ini, beberapa ayat English telah disediakan untuk pemain gunakan untuk meneka. Antaranya:

“I suspect Miss Peacock did it using a revolver in the kitchen.”

“I suspect Mr. Plum did it using a dagger in the ballroom.”

Sekiranya pemain sudah yakin dan ingin membuat tuduhan atau accusation, mereka perlu menyebut ayat ini:

“I accuse Miss Scarlet did it using a candlestick in the conservatory.”

‘Miss Scarlet’, ‘candlestick’ dan ‘conservatory’ tu contoh sahaja. Mereka perlu menyebut nama pembunuh, senjata dan lokasi pembunuhan yang sebenar.

Pengulangan atau repetition membantu mencipta kebiasaan. 

Mula-mula mungkin anak-anak kita akan menghadapi kesukaran untuk menyebut, tapi lama kebiasaan mereka pasti lancar je.

Cluedo boleh dibeli di Toys ‘r Us dengan harga RM60+.

 

2. Monopoly

Siapa tak tahu Monopoly kan? Salah satu best-selling board game di seluruh dunia. 

Secara ringkasnya Monopoly ialah permainan jual-beli hartanah dengan mata wang yang direka. 

Pemenang ialah pemain yang mempunyai jumlah wang dan nilai hartanah paling tinggi pada akhir game tersebut.

Sebenarnya kita boleh je nak main Monopoly ni dalam Bahasa Melayu, tetapi apa salahnya kita gunakan peluang bermain dengan anak untuk improve English mereka supaya mereka cepat pandai, kan?

Contohnya, ketika giliran orang lain, kita boleh menyuruh mereka menyebut:

“Azrie, it’s your turn!”

“Please throw the dice!”

Semasa giliran mereka pula, jika mereka ingin membeli mana-mana tanah atau bangunan, mereka boleh menyebut:

I would like to buy Central Market!”

“I would like to build 2 houses!”

“I would like to build 1 hotel!”

Yang ni paling menarik. Kalau sesiapa ‘singgah’ di tanah mereka dan perlu membayar sewa, mereka boleh menyuruh pemain lain membayar dengan menyebut:

“Please pay RM100 rent.”

Atau sekiranya mereka sampai di petak yang tidak ketahui milik siapa, kitab oleh ajar mereka bertanya soalan ini:

“Whose land is this?”

Best, kan? Masa untuk enjoy bersama keluarga pun boleh bantu anak pandai English.

 

3. Happy Family

Card game ini ialah antara yang paling murah. Boleh dibeli pada harga RM1.50 satu set di Shopee. 

Cara nak menang game ni mudah sahaja; kita perlu mengumpulkan kad-kad yang daripada keluarga yang sama seberapa banyak yang boleh. 

Dalam sebuah keluarga ada bapa, ibu, anak lelaki dan anak perempuan. 

Yang menariknya tentang game ni ialah ayat-ayat yang telah ditetapkan semasa bermain. Contohnya, sekiranya kita nak minta mana-mana kad daripada pemain lain semasa giliran kita, kita perlu menyebut, 

Excuse me, can I have Wendy Weeder please?”

Sekiranya pemain tersebut mempunyai kad tersebut, dia perlu memberikannya kepada kita sambil berkata, 

Here you are.

Dan kita perlu menjawab, 

Thank you!”

Saya teringat lagi ketika bermain ini dengan kawan-kawan. Kalau kita terlupa menyebut “please” dan “Thank you”, kad tersebut akan diambil semula.

Dan sekiranya pemain tersebut tidak mempunyai kad yang dipinta, mereka perlu menyebut,

“Sorry, not at home!”

Apabila kita berjaya mengumpul set sebuah keluarga lengkap, kita perlu berkata, 

One happy family at home!

Simple, kan? Dalam satu permainan sahaja, pelbagai ayat pendek Bahasa Inggeris digunakan. Bukan itu sahaja, malahan adab dan nilai hormat  diterapkan dengan penggunaan perkataan-perkataan

  •  please
  • sorry
  • thank you

 

4. Pictureka

Game ni menarik. Kalau tak jumpa di kedai-kedai permainan seperti Toys ‘r Us, anda boleh cari di Shopee atau Lazada.

So, macam mana nak main Pictureka? Anda perlu mencari objek di atas tiles dan mengumpul kad terbanyak untuk menang. 

Setiap kad pelbagai warna mempunyai mission tertentu. Selain menggunakan ayat-ayat seperti “Throw the dice!” dan “It’s your turn!” macam Monopoly tadi, pemain perlu membacakan ayat-ayat yang terpampang pada kad yang mereka ambil dengan kuat. 

Read aloud atau membaca dengan kuat merupakan salah satu cara untuk bantu anak pandai English dan tambah keyakinan mereka bertutur.

Selain itu, sekiranya pemain berjaya menemukan objek pada tiles, mereka boleh menyebut

“Found it!”

Dan sekiranya pemain tidak berjaya mencari objek dalam masa yang ditetapkan, pemain lain boleh menyebut

Time’s up!

 

5. Pictionary

Game ni sebenarnya boleh dimainkan tanpa membeli card game tu pun. Tapi, kalau kita beli Pictionary, ia membantu kita untuk dapatkan lebih banyak kosa kata English dalam masa yang cepat. So, macam mana nak main game ni? 

Seorang pemain perlu melukis gambaran perkataan yang dia dapat daripada kad yang dia ambil dan orang lain perlu meneka gambar tersebut. 

Of course perkataan-perkataan yang diteka mestilah perkataan English. Kumpulan atau peserta yang paling banyak meneka dengan betul akan menang.

Bunyi macam mudah, tetapi sekiranya anak kita tak cukup vocabulary, permainan akan jadi mencabar.

Jadi, Pictionary sangat bagus untuk menambah dan memantapkan kosa kata anak-anak kita selain menambah keyakinan mereka menyebut perkataan-perkataan English. 

Jadi inilah 5 Games Untuk Bantu Anak Pandai Bahasa Inggeris dalam kategori board game dan card game

Anda nak tahu apa lagi cara lain untuk bantu anak pandai English? Jom download e-book 15 Tip Nak bagi Anak Fasih Bahasa Inggeris secara PERCUMA!

Shopping Basket