
Cikgu Nor
Matematik Tambahan
Cikgu Nor yang merupakan pemenang tempat ketiga Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2025 mempunyai 19 tahun pengalaman mengajar.
Beliau merupakan Guru Kanan Mata Pelajaran Sains/Matematik di sebuah sekolah di daerah Gombak.

Cikgu Syed
Matematik & Kimia
Cikgu Syed merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) dan telah mengajar selama hampir 10 tahun.
Mempunyai pengalaman luas bekerja di lapangan sebagai ahli kimia, beliau juga sering berkongsi tips mudah menguasai subjek Kimia dan Matematik.

Cikgu Helmi
Fizik
Mempunyai pengalaman mengajar Fizik dan Matematik selama 15 tahun, Cikgu Helmi yang merupakan seorang jurutera perisian ini telah mengendalikan seminar-seminar di sekolah-sekolah.
Graduan kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini sentiasa berkongsi konsep asas dan cara mudah menguasai Fizik dan Matematik.