Kalendar MUET 2022  tarikh  tarikh penting dan pendaftaran calon

KALENDAR MUET 2022 : TARIKH – TARIKH PENTING DAN PENDAFTARAN CALON

Isi Kandungan

 

Adakah anda bakal calon MUET bagi tahun 2023?

Jika ya, artikel ini ditulis khusus untuk anda dan penting juga buat kalian yang bakal menduduki MUET pada tahun akan datang.

Tahukah anda terdapat 3 sesi MUET setiap tahun?

Sudahkah anda tahu tarikh-tarikh ujian untuk tahun 2023?

Berapakah jumlah komponen ujian dalam MUET?

Jom baca sama-sama.

 

Apa itu MUET dan Siapa Yang Patut Duduki Ujian Ini?

MUET (Malaysian University English Test) ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM. 

MUET diperkenalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM) untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . 

Peperiksaan ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Tidak bercadang untuk sambung pelajaran ke peringkat ijazah? 

Tidak perlu duduki MUET.


Namun ingat, keputusan MUET yang perlu anda perolehi adalah berbeza mengikut kursus ijazah yang bakal disambung. 

Semak dengan unit pengambilan pelajar universiti syarat kelayakan dan band yang perlu dicapai dalam MUET.

 

Komponen MUET

Terdapat 4 komponen yang akan diuji dalam MUET :

Kod KertasNama Kertas
800/1Listening - ujian mendengar (50 minit)
800/2Speaking - ujian bertutur (30 minit)
800/3Reading - ujian membaca (75 minit)
800/4Writing - ujian menulis/esei (75 minit)

Kalendar MUET 2022

Setiap tahun, MUET diadakan sebanyak 3 sesi; Sesi 1, Sesi 2 dan Sesi 3. 

Penting untuk anda tahu bagi setiap individu yang ingin menduduki MUET perlu mendaftar dengan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sebelum mendaftar, kenalpasti sesi mana yang anda bercadang untuk mendaftar serta tarikh-tarikh penting untuk tahun 2022 di bawah;

Nota: Setiap perincian di atas adalah tertakluk kepada pindaan daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Sumber rujukan: Portal Rasmi MPM, klik di sini.

 

Sekarang anda sudah tahu tarikh-tarikh penting bagi setiap sesi sepanjang tahun 2022 ini. 

Sepertimana dalam kalendar di atas, sedarkah anda tarikh ujian Speaking dijalankan pada hari yang berbeza daripada hari ujian komponen bertulis?

Selain itu, ujian Speaking juga diadakan lebih awal beberapa bulan sebelum ujian bertulis. Jadi, setelah selesai mendaftar sebagai calon MUET pastikan tarikh-tarikh ini telah anda catatkan di dalam Google Calendar, kalendar peribadi atau planner anda supaya tidak ketinggalan, keciciran(?).

Pendaftaran sebagai calon MUET boleh dilihat/dilakukan DI SINI.

Kelas Persediaan MUET

Jika anda adalah seorang yang sentiasa perlukan persediaan rapi sebelum menduduki sebarang ujian, persiapkan diri sekarang! 

Sertai kelas-kelas persediaan menghadapi MUET dalam membantu anda untuk lulus cemerlang dalam mencapai band yang dingini. 

Primaly menawarkan MUET Crash Course 3 kali setahun, sepertimana tetapan sesi MUET oleh pihak MPM.

Tenaga pengajar/Instruktor kami sedia membantu setiap calon menerusi modul yang direka khas, panduan lengkap serta tip penting untuk cemerlang bagi setiap komponen MUET.

Ketahui lebih lanjut berkenaan MUET Crash Course di Primaly.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan rujukan bagi semua calon MUET dan selamat maju jaya!

Jom baca artikel lain berkaitan MUET.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *