Kem Tulis Baca · Primaly
Untuk 4–8 tahun

Anak umur 4 hingga 8 tahun masih belum boleh baca dengan yakin?

Cuti Sekolah = masa terbaik untuk mula membaca & menulis! Jom sertai Kem Tulis & Baca yang paling interaktif.

SAYA NAK ANAK SAYA SERTAI!
Cabaran ibu bapa mengajar anak membaca
Fahami cabaran anda

Adakah anak anda mengalami perkara ini?

Anak nak masuk Tahun 1 tapi belum lancar membaca

Jangan risau, kem ini direka khas untuk memastikan anak anda bersedia dan yakin sebelum melangkah ke Tahun 1.

Anak-anak tak mahu belajar dengan ibu ayah

Kadang-kadang anak lebih mudah fokus bila belajar bersama guru dan rakan sebaya dalam suasana yang menyeronokkan.

Tiada masa untuk mengajar anak membaca

Kami faham kesibukan anda. Biar kami bantu bimbing anak anda dengan teknik yang betul dan berkesan.

Pendekatan Kami

Kenapa pilih Kem Tulis & Baca Primaly?

Kami telah membantu hampir 1000 pelajar membaca dengan lancar sejak 2017.
Beraktiviti sambil belajar

Beraktiviti sambil belajar

Aktiviti membantu rangsangan otak untuk cepat membaca.

Fokus di kelas kecil

Fokus di kelas kecil

Bilangan pelajar yang kecil, anak-anak lebih fokus.

Bahan belajar menarik

Bahan belajar menarik

Pelajar tidak bosan dan fokus lebih lama dalam kelas!

Poster Kem Tulis Baca
Hasil Pembelajaran

Pada akhir program, anak anda akan:

  1. Kenal huruf dan bunyi dengan fonik.
  2. Gunakan teknik berkesan untuk menulis.
  3. Berfikir, bermain dan membina keyakinan.
  4. Dan paling penting – seronok belajar tanpa tekanan!
Maklumat Kelas

Butiran

Cawangan Wangsa Maju

Tarikh
3 September 2026 (Wangsa Maju)
Masa
9:00 AM - 1:00 PM
Termasuk
Makanan disediakan & Sijil penyertaan
Umur
Terbuka untuk pelajar berusia 4 hingga 8 tahun

Primaly (Wangsa Maju)
2-2, Jalan 2a/27a, Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Cawangan Shah Alam

Tarikh
3 September 2026 (Shah Alam)
Masa
9:00 AM - 1:00 PM
Termasuk
Makanan disediakan & Sijil penyertaan
Umur
Terbuka untuk pelajar berusia 4 hingga 8 tahun

Primaly (Shah Alam)
15B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Jadual

Tentatif

Masa Aktiviti
9:00 AM -
9:30 AM
Pendaftaran & Sarapan Pagi
9:30 AM -
10:30 AM
Pengenalan & Sesi 1: Fonik & Membaca
10:30 AM -
11:00 AM
Rehat & Aktiviti Kumpulan
11:00 AM -
12:00 PM
Sesi 2: Teknik Menulis
12:00 PM -
1:00 PM
Latihan, Penyampaian Sijil & Bersurai
Yuran Penyertaan

Kadar Yuran

1 Pax
Kem Tulis Baca
RM 65
  • Sijil Penyertaan
  • Bahan pembelajaran disediakan
  • Makanan disediakan
Profil Pengajar

Kenali Guru Kami

Potret Cikgu Fatin Bakri

Ms. Fatin

Cikgu Fatin merupakan seorang bekas pensyarah bahasa di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA). Beliau merupakan graduan Pengajian Bahasa Gunaan (Dengan Kepujian) (Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Profesional) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau telah mengajar membaca di PrimaReaders selama 6 tahun dan telah melahirkan ramai kanak-kanak yang pandai membaca. Cikgu Fatin juga merupakan pengarang ebook "Cara Nak Bagi Anak Cepat Membaca (Menurut Pakar)".

Galeri Video

Gambaran Kelas Kami

Testimoni

Apa kata ibu bapa?

"Alhamdulillah, dah hampir 4 bulan anak join kelas membaca Shah Alam, sentiasa rasa seronok bila sebut tuisyen... nampak perkembangan yang baik. Terima kasih cikgu Fatin"

— Pn Shazana

Sedia hantar anak anda?

Tempah tempat sekarang sebelum penuh!

SAYA NAK ANAK SAYA SERTAI!